PASADENA, California - Gambar-gambar yang dihantar kenderaan robotik
Curiosity menunjukkan Marikh kelihatan seperti sebuah planet mati, lapor
akhbar The Sun kelmarin.
Berdasarkan gambar-gambar berwarna yang dihantar kenderaan itu, permukaan planet tersebut tandus dan berbatu-batu.
Gambar-gambar itu dihantar ke sebuah makmal Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat di sini.
Tiada pokok kelihatan di permukaan Marikh berdasarkan gambar-gambar yang dihantar Curiosity.
Bukit-bukau yang terdapat di planet itu menunjukkan ia digambarkan mirip Gurun Mojave di California, Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, para saintis percaya permukaan tanah di planet tersebut
tidak tebal sekali gus membolehkan kenderaan itu menggerudi dengan
mudah.
Menurut seorang saintis, John Grotzinger, tujahan roket kenderaan
robotik itu menyebabkan terbentuk parit sepanjang 0.5 meter di permukaan
Marikh.
"Ia kelihatan seperti kami dapat menyaksikan batuan dasar planet
Marikh," katanya yang merupakan saintis dari Institut Teknologi
California yang berkhidmat untuk misi NASA itu.
Kenderaan robotik itu mendarat di Marikh pada 5 Ogos lalu dengan misi
selama dua tahun untuk mencari sebarang tanda kewujudan kehidupan.
Ia mendarat di Kawah Crater yang mempunyai pemandangan Gunung Sharp dan jerebu.
Kos projek yang dikendalikan NASA itu ialah AS$2.5 bilion (RM7.8 bilion).
Kenderaan robotik berkuasa nuklear itu mengharungi penerbangan sejauh
566 juta kilometer selama lapan bulan sebelum tiba di Marikh.
Gambar-gambar itu dihantar menerusi dua satelit NASA yang mengorbit Marikh selepas dirakamkan Curiosity.
betul kah tidak in
ReplyDeletebetul tu boss
ReplyDelete